Kerjaya lakonan Achik_Spin

Di samping beliau aktif dalam nyanyian, Achik juga pernah diundang untuk berlakon bersama pelakon-pelakon terkenal di Malaysia malah beliau memainkan peranan sebagai watak utama menerusi drama telefilem pada peringkat permulaan. Lakonan pertama Achik yang muncul pada tahun 2002 ialah drama telefilem yang berjudul Demi arahan pengarah Zalie Salim terbitan FMC. Achik memegang watak utama sebagai pelajar kolej yang sering bersosial dengan rakan, malah berjumpa seorang gadis yang lama-lama menyukai satu sama lain sehingga pada suatu malam berlaku kejadian aneh apabila beliau terpalit dengan pembunuhan yang tidak dilakukannya. Telefilem tersebut membariskan beberapa pelakon drama yang sedang meningkat naik ketika itu seperti Bell Ngasri, Anne Ngasri, Darling Ngasri, serta membariskan Kumpulan Spin sebagai tetamu jemputan bagi menjayakan telefilem tersebut.

Selain itu, Achik pernah membintangi filem pertama pada tahun 2003 iaitu Diari Romeo dengan membawa watak sebagai Dani, seorang lelaki yang tidak berkeyakinan dan selalu mengikut kehendak ibunya sehingga mula mengikut jejak ayahnya bagi mencari teman wanita idaman sebagai pilihan utama. Achik bergandingan bersama dengan pelakon Zachery daripada bekas ahli kumpulan muzik X-Factor, Sharifah Nadia, serta dibantu oleh aktres terkenal Aida Khalida, Rosnah Johari, di samping gabungan bersama pelakon veteran terkenal Malaysia iaitu Allahyarham M.Rajoli, Allahyarham Zami Ismail dan Datuk Jalaluddin Hassan sebagai watak sampingan bagi filem tersebut. Achik dipilih sebagai Pelakon Harapan Lelaki menerusi filem Diari Romeo.[3]

Pada masa yang sama, Achik serta penyanyi Syura Badron, Nana, dan juga hasil kerjasama bersama pelakon popular iaitu Ezany Nizariff pernah membintangi telefilem berjudul Helah pada 2002 yang membawa watak sebagai Remy, pemuda remaja yang sering dikelilingi konflik antara percintaan dan cabaran demi bersama kekasih. Achik juga bergandingan bersama Nana buat kali kedua dalam telefilem romantik yang berjudul Prahara yang membawa watak sebagai pemuda yang berjaya menambat hati pasangan hidup.

Seterusnya, Achik ditampilkan selaku penampilan undangan khas bersama Syura yang membawa watak sebagai Azman menerusi telefilem Pelakon Popular bersama pelawak veteran iaitu Sathiya, Allahyarham Zaibo, Abon dan Radhi Khalid serta pelawak yang merupakan bekas ahli Kumpulan Senario iaitu Saiful Apek juga terlibat dalam drama ini pada tahun 2003. Namun, lakonan terakhir yang beliau muncul di kaca TV pada tahun 2005 sebagai pelakon utama ialah drama telefilem yang berjudul Sifu terbitan ASTRO.

Achik telah menerima pengiktirafan sebagai Bintang Harapan Lelaki dalam Festival Filem Malaysia yang ke-17 kerana bakat beliau yang terserlah dalam lakonan filem Diari Romeo buat kali pertama. Penglibatan Achik dalam lakonan juga telah memberi inspirasi buat dunia seni dan diiktiraf sebagai artis terbaik sehingga pada tahun 2006.

Rujukan

WikiPedia: Achik_Spin http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&d... http://mstar.com.my/artikel/?file=/2010/12/29/msta... http://ww1.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20140727/h... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt... http://www.utusan.com.my/hiburan/selebriti/selepas... https://www.malaysiakini.com/news/129468 https://web.archive.org/web/20140714230643/http://...